awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

45 pesawat, 9 kapal China dikesan hampiri Taiwan

Bernama
Bernama
20/08/2023
12:33 MYT
45 pesawat, 9 kapal China dikesan hampiri Taiwan
Taiwan menghantar rondaan udara dan laut untuk memantau keadaan dan juga menggunakan sistem peluru berpandu darat. - Gambar Reuters
BEIJING: Kementerian Pertahanan Taiwan pada Ahad berkata sebanyak 45 pesawat Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dan sembilan kapal Tentera Laut Tentera Pembebasan Rakyat (PLAN) dilihat menghampiri pulau itu sejak sehari lalu, lapor Sputnik.
"45 pesawat PLA dan 9 kapal PLAN di sekitar Taiwan telah dikesan pada pukul 6 pagi (UTC+8) hari ini," kata kementerian itu pada platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Secara khusus, 27 pesawat angkatan bersenjata China, termasuk sembilan jet tempur SU-30, 12 jet tempur J-10, empat jet tempur J-11, satu pesawat pengangkut Y-9 dan satu helikopter Z-9, melintasi garisan median yang dipanggil Selat Taiwan dan memasuki zon pengenalan pertahanan udara pulau itu, tambah kementerian itu.
Taiwan menghantar rondaan udara dan laut untuk memantau keadaan dan juga menggunakan sistem peluru berpandu darat, kata kementerian itu.
Taiwan telah ditadbir secara bebas dari tanah besar China sejak 1949. Beijing menganggap pulau itu sebagai wilayahnya, manakala Taiwan mengekalkan bahawa ia adalah entiti autonomi tetapi tidak mengisytiharkan kemerdekaan.
Beijing menentang sebarang hubungan asing rasmi dengan Taipei dan menganggap kedaulatan China ke atas pulau itu sebagai tidak boleh dipertikaikan.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#hubungan asing rasmi
#entiti autonomi
#Kementerian Pertahanan
#sistem peluru berpandu darat
#platform X
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan