awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muzium Pertanian di Kelantan dijangka beroperasi Jun 2026
Perkhidmatan pos Denmark hantar surat terakhir, tamatkan tradisi empat abad
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

46 maut, 41 lagi cedera dalam tragedi kebakaran awal pagi di Taiwan

Agensi
Agensi
14/10/2021
09:56 MYT
46 maut, 41 lagi cedera dalam tragedi kebakaran awal pagi di Taiwan
Bangunan Cheng Chung Cheng setinggi 13 tingkat yang terletak di Jalan Fubei itu terbakar pukul 2.54 pagi, waktu tempatan.- Foto CHANG YU CHEN /via REUTERS
TAIPEI: Sekurang-kurangnya 46 individu disahkan maut sementara 41 yang lain cedera dalam kebakaran di sebuah bangunan di Taiwan pada awal pagi Khamis.
Reuters yang memetik pegawai di bandar Kaohsiung selatan, Mejar Chen Chi-mai sebagai berkata, angka korban itu dijangka meningkat ekoran kecederaan parah yang dialami ramai mangsa.
Bangunan Cheng Chung Cheng setinggi 13 tingkat yang terletak di Jalan Fubei di kawasan bandar di daerah Yancheng terbakar pukul 2.54 pagi, waktu tempatan.
Kebakaran dikatakan bermula pada aras satu bangunan yang menempatkan 120 unit kediaman dari aras tujuh hingga 11.
Kira-kira 160 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kebakaran dan api hanya berjaya dipadamkan sekitar pukul 7.17 pagi waktu tempatan.
Beliau memberitahu, pasukan penyiasat masih lagi menyiasat punca kejadian.
Sementara itu, Ketua Biro Bomba setempat Lee Ching-hsiu, memberitahu, 53 penghuni yang diselamatkan dikejarkan ke hospital, dengan 14 daripadanya tidak menunjukkan tanda-tanda kritikal.
Topic Berkaitan
#bomba
#Taiwan
#Terbunuh
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan