GENEVA: Lebih lima bilion daripada lapan bilion penduduk dunia terdedah kepada lemak trans yang terdapat dalam produk makanan, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.
Menurut badan dunia yang berpangkalan di Geneva itu pihaknya menyasarkan bahan-bahan yang tidak sihat dalam makanan akan dapat dihapuskan menjelang tahun ini.
Mesir, Pakistan dan Korea Selatan adalah antara negara yang paling teruk terjejas akibat keadaan kesihatan yang dikaitkan dengan lemak trans, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
"Kandungan lemak trans tidak memberikan manfaat dan amat berisiko terhadap kesihatan yang akan menyebabkan sistem kesihatan terpaksa menanggung kos yang besar.
"Sebaliknya, menghapuskan lemak trans lebih efektif dan menjimatkan selain mempunyai manfaat yang besar untuk kesihatan. Lemak trans ialah bahan kimia toksik yang membunuh dan tidak sepatutnya terdapat dalam produk makanan. Sudah tiba masanya untuk menyingkirkannya," kata Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Menurut angka WHO, lemak trans membawa kepada setengah juta kematian akibat penyakit jantung setiap tahun. Denmark yang telah mengambil langkah menghapuskan lemak trans dalam produk makanan sejak 20 tahun lalu telah menyaksikan penurunan penyakit kardiovaskular.
Lemak trans ialah asid lemak tak tepu yang boleh terhasil dalam makanan semula jadi atau diproses. Ia dihasilkan dalam sektor makanan yang diproses melalui hidrolisis minyak untuk menghasilkan lemak pepejal seperti marjerin.
Rawatan haba minyak sayuran juga boleh menyebabkan lemak trans terhasil.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Dr Tedros berkata, kandungan lemak trans tidak memberikan manfaat dan amat berisiko terhadap kesihatan yang akan menyebabkan sistem kesihatan terpaksa menanggung kos yang besar. - Gambar fail REUTERS
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Ketua WHO gesa perlindungan kemudahan penjagaan kesihatan semasa konflik
Ghebreyesus berkata kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan WHO telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia.
Hospital Al-Shifa umpama cangkerang kosong dengan pusara manusia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata kemusnahan Hospital Al-Shifa menjadikannya umpama sebuah cangkerang kosong dengan pusara manusia susulan kepungan dan serangan Israel.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
9,000 pesakit memerlukan pemindahan kecemasan dari Gaza
Hanya 10 hospital yang berfungsi secara minimum di seluruh Gaza dan beribu-ribu pesakit gagal mendapat penjagaan kesihatan.
Kebuluran di Gaza dijangka tidak dapat dielakkan - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.
Satu daripada lapan orang kini hidup dengan obesiti - WHO
Obesiti dalam kalangan orang dewasa telah meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak 1990.
“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.
Gaza: WHO bantu keluarkan 14 pesakit dari Hospital Nasser
WHO membantu memindahkan 14 pesakit dari Hospital Nasser di bandar Khan Younis yang dikepung tentera Israel.
Penggunaan tembakau semakin berkurangan di seluruh dunia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, kebanyakan negara di seluruh dunia berjaya mengurangkan penggunaan tembakau.