awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 pengunjung pub maut dirempuh SUV di Victoria

Bernama
Bernama
06/11/2023
04:10 MYT
5 pengunjung pub maut dirempuh SUV di Victoria
Polis Victoria berkata identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti. - Gambar/ Reuters
SYDNEY: Seramai lima pengunjung sebuah pub di negeri Victoria, Australia maut selepas sebuah kereta dipandu seorang warga emas merempuh premis itu pada Ahad, lapor Xinhua.
Dalam kemas kini terkini, Polis Victoria berkata dalam kejadian kira-kira 6 petang waktu tempatan, sebuah kenderaan SUV jenis BMW disyaki terbabas sebelum memasuki kawasan pelanggan di hadapan premis berlesen di Vincent Street di Daylesford itu.
Akibat kemalangan itu, dua lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang remaja perempuan meninggal dunia di hospital.
Polis berkata identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.
Sementara itu, pemandu kenderaan iaitu seorang lelaki berusia 66 tahun yang cedera masih menerima rawatan di hospital.
Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Victoria
#pub
#kereta rempuh pub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan