Skip to main content
Advertisement

Dunia

51 maut, 10 masih hilang dalam runtuhan gunung di Chongqing

Rescue workers search for survivors at the site of a landslide along Wujiang river in Pengshui Miao and Tujia Autonomous County, Chongqing, China July 17, 2026. cnsphoto via REUTERS
Bencana yang dicetuskan hujan lebat itu berlaku pada 9.08 pagi, 17 Julai di Hanjia, Daerah Autonomi Pengshui Miao dan Tujia, berhampiran Sungai Wujiang. - Gambar/ Reuters
Advertisement

CHONGQING: Angka kematian dalam kejadian runtuhan gunung di Perbandaran Chongqing, barat daya China meningkat kepada 51 orang, manakala 10 mangsa masih belum ditemukan, lapor Xinhua.

Lebih 1,100 penduduk dipindahkan susulan kejadian itu, manakala tiga daripada 10 mangsa yang diselamatkan dibenarkan keluar dari hospital, menurut pasukan penyelamat.

Bencana yang dicetuskan hujan lebat itu berlaku pada 9.08 pagi, 17 Julai di Hanjia, Daerah Autonomi Pengshui Miao dan Tujia, berhampiran Sungai Wujiang.

Lebih 10 bangunan kediaman tertimbus dalam runtuhan berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat di darat telah selesai, namun pencarian di dalam sungai serta kerja pembersihan masih diteruskan.

Usaha turut dijalankan untuk memulihkan laluan pengangkutan dan membolehkan kehidupan penduduk kembali seperti biasa.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement