awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

51 paus mati terdampar di Australia Barat

Bernama
Bernama
26/07/2023
03:40 MYT
51 paus mati terdampar di Australia Barat
Sekumpulan ikan paus terdampar di Pantai Cheynes, Australia, 25 Julai 2023. - REUTERS
SYDNEY: Jabatan Biodiversiti, Pemuliharaan dan Daya Tarikan (DBCA) Australia Barat pada Rabu mengesahkan kematian 51 ikan paus yang terdampar di Pantai Cheynes di barat daya negeri itu, lapor Xinhua.
"Kakitangan Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar bekerjasama dengan sukarelawan berdaftar dan organisasi lain untuk cuba menyelamatkan baki 46 ikan paus dengan membawanya ke perairan yang lebih dalam pada siang hari," menurut jabatan itu.
Jabatan itu juga menggesa orang ramai supaya menjauhi pantai untuk keselamatan mereka.
Cheynes Beach Caravan Park berkata DBCA telah menubuhkan pasukan pengurusan insiden.
"Kakitangan berpengalaman dari DBCA, termasuk doktor haiwan Zoo Perth dan pakar fauna marin, bersama peralatan khusus, termasuk kapal dan anduh telah digerakkan," menurut hantaran terkini taman itu di media sosial.
Pada pagi Selasa, DBCA menerima laporan sekumpulan besar ikan paus bersirip panjang berkumpul kira-kira 150 meter dari Pantai Cheynes.
Berikutan insiden itu, kerajaan mengeluarkan amaran kerana haiwan yang mati dan cedera mungkin menarik jerung menghampiri pantai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ikan paus
#australia barat
#paus mati terdampar
#Pantai Cheynes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan