Seramai 56.5 peratus rakyat Mesir mengundi menyokong draf perlembagaan Mesir yang dikemukakan oleh Ikhwanul Muslimin pada pusingan pertama referendum negara itu yang berakhir Sabtu.

Penganalisis berpendapat, pusingan kedua proses referendum dijangka menyaksikan kesudahan serupa dengan kebanyakkan daerah dan wilayah yang akan mengundi minggu hadapan merupakan penyokong kepada Ikhwanul Muslimin.

Presiden Mesir, Mohammed Morsi dan penyokongnya sebelum ini bertegas, draf perlembagaan itu perlu dilululskan bagi memacu demokrasi Mesir ke tahap baharu.

Bagaimanapun, proses referendum berkenaan dibantah oleh kumpulan lain kerana bimbang ia akan memecah-belahkan Mesir.

Morsi juga tidak boleh terlalu gembira dengan kemenangan tipis itu kerana perpecahan dikalangan rakyat kini semakin merebak.

Draf perlembagaan Mesir mesti diluluskan oleh lebih 50 peratus rakyat yang keluar mengundi.

Jika draf perlembagaan tersebut diluluskan, satu pilihan raya parlimen akan diadakan awal tahun hadapan.