awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Sahruddin umum letak jawatan Pengerusi PN Johor
Banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 bayi meninggal dunia selepas wabak jangkitan bakteria di hospital Romania

Bernama
Bernama
27/09/2025
20:45 MYT
6 bayi meninggal dunia selepas wabak jangkitan bakteria di hospital Romania
Semua dipercayai gara-gara bakteria Serratia marcescens, namun kaitan perubatan secara langsung antara jangkitan itu dengan kematian masih belum dapat dipastikan. - Gambar hiasan
BUCHAREST: Enam bayi meninggal dunia manakala tiga lagi dijangkiti selepas berlaku wabak jangkitan bakteria di hospital kanak-kanak Sfanta Maria di lasi, timur laut Romania, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.
Kementerian itu mengesahkan seramai sembilan pesakit berusia bawah umur setahun telah dijangkiti bakteria Serratia marcescens, namun menegaskan bahawa kaitan perubatan secara langsung antara jangkitan berkenaan dengan kematian masih belum dapat dipastikan.
Pakar forensik akan menentukan sama ada bakteria itu menjadi punca kematian.
Kes pertama dikesan pada 13 Sept tetapi hanya dilaporkan kepada jabatan kesihatan awam enam hari kemudian, selepas empat kanak-kanak dijangkiti.
Hospital itu juga gagal melaksanakan langkah pengasingan di unit rawatan rapi (ICU), menurut kementerian berkenaan.
Menteri Kesihatan Alexandru Rogobete mengumumkan siasatan segera dan memberi amaran akan memecat kakitangan jika cubaan menutup kes atau pelanggaran protokol perubatan disahkan.
Kemasukan ke sektor ICU tempat jangkitan berlaku telah digantung, dengan langkah kebersihan dan pemantauan ketat diperkenalkan.
Serratia marcescens ialah bakteria yang lazim ditemui dalam air, tanah dan pada permukaan lembap. Ia boleh menyebabkan jangkitan serius kepada pesakit yang terdedah, khususnya di hospital dan selalunya rintang terhadap antibiotik.
Kementerian itu berkata siasatan sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kematian bayi
#jangkitan
#Bakteria
#Serratia marcescens
#hospital romania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan