awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan

Bernama
Bernama
14/02/2025
11:50 MYT
6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan
Enam pekerja maut dan tujuh lagi cedera dalam kebakaran di tapak pembinaan sebuah hotel di bandar pelabuhan di tenggara Busan pada Jumaat. - Foto AP
BUSAN: Enam pekerja maut dan tujuh lagi cedera dalam kebakaran di tapak pembinaan sebuah hotel di bandar pelabuhan di tenggara Busan pada Jumaat, lapor agensi berita Yonhap memetik pihak berkuasa.
Kebakaran bermula kira-kira 10.50 pagi di Hotel Banyan Tree yang sedang dalam pembinaan, dipercayai berpunca daripada bahan penebat yang diletakkan berhampiran kolam renang di tingkat satu, menurut ibu pejabat bomba Busan.
Anggota bomba menyelamatkan mereka yang terperangkap menggunakan helikopter, tetapi enam orang disahkan meninggal dunia. Seramai 14 yang lain diselamatkan dari bumbung, manakala lebih seratus pekerja dipindahkan.
"Kami sedang meneruskan pencarian di dalam bangunan," kata seorang pegawai bomba. "Polis dan pihak berkuasa tempatan masih menentukan jumlah sebenar pekerja (yang berada di dalam bangunan)."
Pihak berkuasa menaikkan tahap tindak balas kebakaran ke Tahap 2 daripada sistem tiga peringkat berikutan kebimbangan mengenai peningkatan jumlah mangsa.
Ratusan pekerja dilaporkan berada berhampiran tapak kejadian ketika kebakaran berlaku.
Pemangku Presiden Choi Sang-mok mengarahkan semua anggota dan peralatan yang ada dikerahkan untuk membantu usaha menyelamat.
"Pastikan operasi mencari dan menyelamat dijalankan secara menyeluruh bagi mengelakkan lebih banyak korban, sambil mengutamakan keselamatan anggota bomba," kata Choi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#tapak pembinaan
#Busan
#Hotel Banyan Tree
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan