awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6,388 kes baharu COVID-19 direkod di Indonesia, Jawa Barat atasi Jakarta

Agensi
Agensi
12/12/2020
11:21 MYT
6,388 kes baharu COVID-19 direkod di Indonesia, Jawa Barat atasi Jakarta
Penumpang perkhidmatan kereta api di Stesen Tanah Abang berpusu-pusu untuk ke destinasi masing-masing ketika negara itu masih mencatatkan kes jangkitan baharu yang tinggi setiap hari. - Reuters
JAKARTA:Kes positif baharu COVID-19 di Indonesia bertambah sebanyak 6,388 pada Sabtu (12 Disember), menjadikan keseluruhan jumlah kes di negara itu sebanyak 611,631 kes sejak pertama kali diumumkan pada awal Mac lalu, lapor media tempatan.
Data daripada Kementerian Kesihatan negara itu juga menunjukkan sejumlah 501.376 kes telah pulih dengan yang terbaru adalah seramai 4,490 orang.
Kes kematian pula bertambah sebanyak 142 orang dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu adalah 18,653 orang.
Tambah statistik kementerian itu, kes COVID-19 telah tersebar ke 34 wilayah di Negara Garuda tersebut, dengan lima wilayah mencatatkan penambahan kes baharu etrtinggi iaitu Jawa Barat (1,283 kes), Jawa Tengah (992 kes), Jakarta (951 kes), Jawa Timur (769 kes), dan Yogyakarta (227 kes).
Pihak pemerintah terus mengingatkan rakyat republik itu agar sentiasa mematuhi protokol kesihatan memandangkan bilangan kes positif baharu yang masih dalam angka ribuan setiap hari.
Perintah Kawalan Pergerakan atau dalam istilah tempatannya, Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) juga masih berkuat kuasa di banyak daerah.
Terbaru, pihak pemerintah Indonesia sudah mengesahkan sejumlah 1.2 juta dos vaksin Sinovac ke negara berkenaan, namun keberkesanannya masih diragui sesetengah pihak.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pandemik
#Jakarta
#Indonesia
#jawa barat
#kes positif
#kesihatan
#PSBB
#protokol kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan