Sekurang-kurangnya 65 mayat lelaki ditemui di kawasan berlumpur di tebing sungai, utara bandar Aleppo.

Kebanyakan mayat berada dalam keadaan menyayat hati dengan tangan mereka terikat.

Kesemua mangsa dianggarkan berumur antara 20-an hingga 30-an.

Pengarah sebuah kumpulan aktivis dan hak asasi, Rami Abdul Rahman memaklumkan mayat berkenaan ditemui berhampiran dengan kawasan perumahan Bustan Al-Qasr.

Mereka dipercayai maut akibat pertempuran antara tentera kerajaan dengan puak penentang yang semakin sengit di Aleppo sejak Julai lepas.

Bagaimanapun Abdul Rahman masih belum dapat memastikan pihak mana yang bertanggungjawab dengan pembunuhan tersebut.

Dalam pada itu, sebuah lagi kumpulan aktivis tempatan mendakwa jumlah sebenar mayat yang ditemui adalah 80 orang.

Ada juga diantara mereka mendakwa mangsa dibunuh oleh tentera kerajaan.

Sehingga kini, pentadbiran Presiden Bashar Assad masih belum membuat sebarang kenyataan.