awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 banduan maut, 11 cedera dalam rusuhan penjara di timur Mexico

Bernama
Bernama
04/08/2025
04:40 MYT
7 banduan maut, 11 cedera dalam rusuhan penjara di timur Mexico
Beberapa kebakaran yang tercetus semasa rusuhan berjaya dipadamkan sepenuhnya dan sebahagian banduan dipindahkan ke penjara lain di bandar Panuco. - Foto X/@ferozwala
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya tujuh banduan terbunuh manakala 11 lagi cedera dalam satu rusuhan yang tercetus di sebuah penjara di bandar Tuxpan, Veracruz di timur Mexico, menurut Sekretariat Keselamatan Awam negeri itu pada Ahad, lapor Xinhua.
Kawalan ke atas penjara itu berjaya dipulihkan selepas pasukan Pengawal Kebangsaan bersama anggota Pertahanan Negara dan Sekretariat Keselamatan Awam negeri dikerah ke lokasi pada pagi Ahad bagi menyuraikan rusuhan yang bermula petang Sabtu.
"Rusuhan itu mengakibatkan kematian tujuh banduan, manakala 11 lagi yang cedera sedang menerima rawatan di beberapa hospital," menurut kenyataan sekretariat itu di platform X.
Beberapa kebakaran yang tercetus semasa rusuhan berjaya dipadamkan sepenuhnya dan sebahagian banduan dipindahkan ke penjara lain di bandar Panuco.
Kerajaan negeri Veracruz turut menegaskan komitmennya terhadap tadbir urus yang baik serta usaha berterusan untuk mempertingkat tahap keselamatan di institusi penjara dengan kerjasama agensi kerajaan lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan
#penjara
#banduan
#tahap keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan