awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 maut, 12 cedera dalam perlanggaran bas mini-lori di timur Turkiye

Bernama
Bernama
23/04/2025
02:40 MYT
7 maut, 12 cedera dalam perlanggaran bas mini-lori di timur Turkiye
Bas mini berkenaan bertembung dengan lori kotak yang datang dari arah bertentangan berhampiran terowong Guzeldere di lebuh raya Van-Hakkari. - Foto X/Zeynep Çelik
ANKARA: Tujuh orang maut manakala 12 lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas mini dan lori di wilayah Van, timur Turkiye pada Selasa, menurut Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya.
Kemalangan jalan raya itu berlaku kira-kira 4.30 petang waktu tempatan (1330 GMT) di lebuh raya yang menghubungkan Van dan wilayah Hakkari di timur Turkiye, kata Yerlikaya menerusi akaun media sosialnya.
Menurut laporan Xinhua yang memetik Anadolu Ajansi, bas mini berkenaan bertembung dengan lori kotak yang datang dari arah bertentangan berhampiran terowong Guzeldere di lebuh raya Van-Hakkari.
Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan, dan menurut pegawai tempatan, angka korban mungkin meningkat memandangkan empat daripada mangsa berada dalam keadaan kritikal.
Pasukan kecemasan termasuk polis, anggota keselamatan luar bandar (gendarmerie), petugas perubatan dan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.
Menurut Direktorat Keselamatan Am, sebanyak 2,713 nyawa terkorban akibat kemalangan jalan raya di seluruh Turkiye pada 2024. Jumlah kemalangan tertinggi direkodkan di Istanbul, Ankara dan Izmir, dengan Istanbul sahaja mencatatkan 97,354 insiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#perlanggaran bas mini-lori
#Turkiye
#Nahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan