awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

70,000 ID pengguna Discord terdedah dalam pelanggaran data terkini

Bernama
Bernama
09/10/2025
15:06 MYT
70,000 ID pengguna Discord terdedah dalam pelanggaran data terkini
Discord telah menjadi sasaran ugutan selepas berlaku pelanggaran data melibatkan perkhidmatan pelanggan pihak ketiga. - Gambar fail/ETX Studio
ANKARA: Aplikasi pemesejan serta panggilan suara dan video popular, Discord, telah menjadi sasaran ugutan selepas berlaku pelanggaran data melibatkan perkhidmatan pelanggan pihak ketiga, mengakibatkan 70,000 foto pengenalan rasmi kerajaan yang digunakan untuk pengesahan umur terdedah kepada umum, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan jurucakap aplikasi itu.
"Daripada akaun yang terjejas di seluruh dunia, kami telah mengenal pasti kira-kira 70,000 pengguna yang mungkin terdedah kepada pendedahan gambar ID kerajaan, yang digunakan oleh vendor kami untuk menyemak rayuan berkaitan umur," kata Nu Wexler kepada The Verge pada Rabu.
Wexler berkata Discord menghubungi semua pengguna yang terjejas dan kini bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa perlindungan data dan pakar keselamatan pihak ketiga.
Beliau turut mengesahkan yang Discord menamatkan kerjasama dengan vendor khidmat pelanggan yang terlibat dalam insiden itu.
Discord menyatakan pada 3 Okt bahawa nama, nama pengguna, alamat e-mel, empat digit terakhir kad kredit yang digunakan di platform dan alamat IP juga mungkin telah terjejas dalam pelanggaran data tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Discord
#foto pengenalan rasmi kerajaan
#panggilan suara dan video
#gambar ID kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan