Skip to main content

Dunia

74 maut sejak kematian ketua kartel Mexico, El Mencho – Pihak berkuasa

Kematian Nemesio Oseguera Cervantes telah mencetuskan reaksi ganas daripada kumpulan kartel El Mencho. - Gambar Reuters
Kematian Nemesio Oseguera Cervantes telah mencetuskan reaksi ganas daripada kumpulan kartel El Mencho. - Gambar Reuters
Advertisement

MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 74 orang maut di Mexico, termasuk 25 pegawai Pengawal Negara, dalam operasi yang mengorbankan ketua kartel "El Mencho" serta keganasan yang menyusul selepas itu, kata Menteri Keselamatan, Omar García Harfuch pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pada Ahad, anggota tentera cuba menahan bos dadah itu, yang nama penuhnya ialah Nemesio Oseguera Cervantes, di negeri Jalisco, bahagian barat negara itu. 

Oseguera mengalami kecederaan dan meninggal dunia ketika diterbangkan ke Mexico City

Advertisement

Operasi berkenaan telah mencetuskan reaksi ganas daripada kumpulan kartel itu.

Individu yang disyaki anggota sindiket jenayah itu kemudiannya bertindak membakar kereta di beberapa buah negeri dan menyekat banyak laluan jalan raya. 

Advertisement

Mereka turut menyerang bank, stesen minyak dan kedai.

--BERNAMA-dpa 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement