KALAMATA: Sebuah kapal laut yang membawa ratusan migran menuju ke Eropah dilaporkan karam di Lautan Greece pada Rabu.

Menurut pihak berkuasa Greece, sejumlah 79 mangsa dilaporkan terkorban dan beberapa individu dikhuatiri hilang akibat tragedi itu.

Kapal itu tenggelam pada jarak kira-kira 75 kilometer di barat daya semenanjung Greece.

Selain itu, pihak berkuasa melaporkan sejumlah 104 mangsa berjaya diselamatkan.

Namun, masih ramai dikhuatiri hilang berikutan pihak berkuasa yakin bahawa kebanyakan mangsa tidak pandai berenang dan mengapungkan diri di lautan.

Malah, kawasan nahas tersebut berdekatan dengan kawasan Laut Mediterranean dan menyebabkan kesukaran misi mencari dan menyelamat.

Mereka yang terselamat merupakan 30 individu warganegara Mesir, 10 dari Pakistan, 35 rakyat Syria dan dua dari Palestin.