awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China

Bernama
Bernama
17/11/2024
03:15 MYT
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Suspek berusia 21 tahun, yang dikenali dengan nama keluarga Xu ditahan di tempat kejadian dan mengaku melakukan jenayah itu. - Gambar hiasan
NANJING: Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa polis tempatan.
Serangan berlaku kira-kira 6.30 petang di Wuxi Vocational Institute of Arts and Technology.
Suspek berusia 21 tahun, yang dikenali dengan nama keluarga Xu ditahan di tempat kejadian dan mengaku melakukan jenayah itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh biro keselamatan awam Yixing.
Menurut polis, Xu, seorang graduan sekolah itu tahun ini, kembali ke sekolah berkenaan untuk melepaskan kemarahannya kerana tidak menerima sijil tamat pengajian kerana gagal dalam peperiksaan dan tidak berpuas hati dengan bayaran semasa latihan amalinya.
Usaha menyelamat sedang dijalankan, dan polis meneruskan siasatan berhubung kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tikam
#kes bunuh
#China
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan