awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak, Sabah bermula Jumaat ini
PM Anwar bangga semangat juang atlet para di APG 2025
MITI, agensi laksana analisis kos-faedah bagi ART - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 maut, 6 cedera bas kecil terjunam dalam gaung di Bolivia

Bernama
Bernama
09/12/2025
01:20 MYT
8 maut, 6 cedera bas kecil terjunam dalam gaung di Bolivia
Bas kecil yang turut membawa muatan daun koka itu tiba-tiba terbabas dan terjatuh ke dalam gaung. - Foto X/Noticias SIN
LA PAZ: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan enam lagi cedera pada Isnin selepas sebuah bas kecil terjunam ke dalam gaung di sepanjang Jalan Yungas yang terletak di dalam wilayah pentadbiran La Paz, menurut jabatan bomba negara, lapor Xinhua.
"Lapan orang maut dan enam cedera. Antara yang terkorban ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun," kata pengarah jabatan itu, Pavel Tovar.
Hujan yang melanda baru-baru ini menyebabkan jalan licin dan kawasan itu turut diselubungi kabus tebal, manakala pemandu dipercayai hilang kawalan akibat keadaan jalan yang buruk, katanya.
Menurut laporan awal, bas kecil yang turut membawa muatan daun koka itu tiba-tiba terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sebelum mendarat di dasar sungai. Anggota bomba dan sukarelawan mengambil masa berjam-jam untuk menyelamatkan mangsa terselamat dan mengeluarkan mayat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#bas
#terjunam gaung
#kabus tebal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan