awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 tetamu majlis hari jadi maut ditembak di Afrika Selatan

Bernama
Bernama
30/01/2023
15:57 MYT
8 tetamu majlis hari jadi maut ditembak di Afrika Selatan
Polis melancarkan gerakan memburu suspek dan siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca kejadian. - Gambar hiasan
JOHANNESBURG: Lapan orang maut manakala tiga lagi cedera selepas dua lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis hari jadi di wilayah Eastern Cape, Afrika Selatan pada Ahad.
Siasatan awal mendapati majlis hari jadi itu dianjurkan pemilik sebuah rumah di Kwazakele Gqeberha.
"Tiga wanita dan empat lelaki maut manakala empat lagi termasuk dua wanita dan dua lelaki cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan," kata jurucakap polis Eastern Cape Province, Priscilla Naidu.
Seorang daripada mangsa meninggal dunia di hospital menjadikan lapan mangsa terbunuh termasuk pemilik rumah, lapor Xinhua.
Polis melancarkan gerakan memburu suspek dan siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca kejadian.
Menurut jurucakap itu, tiada tangkapan dibuat setakat ini, identiti mangsa yang terbunuh dan cedera masih belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#majlis hari jadi
#tembakan rambang
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan