SEKURANG-kurangnya 80 pelajar yang menetap di kolej kampus Universiti Washington, di Seattle, Amerika Syarikat dilaporkan positif COVID-19 dengan ratusan keputusan masih belum disahkan.

Universiti tersebut pada Sabtu lalu mendapati tiga daripada pelajar yang menetap di kolej terbabit mengalami simptom COVID-19.

Justeru, menurut jurucakap universiti, Michelle Ma, pihak berkuasa tempatan turut mendapati terdapat peningkatan kes positif dalam kalangan mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun.

Setakat Selasa, 38 lagi penghuni asrama itu disahkan positif COVID-19.

Jumlah kes positif dalam kalangan pelajar dijangka akan meningkat sehingga awal minggu hadapan.

Menurut pakar, peningkatan kes dalam kalangan pelajar ini memberi amaran terhadap kemungkinan peningakatan mendadak terutamanya selepas kolej dibuka semula pada musim luruh nanti.

Susulan itu, pihak kepimpinan Universiti Washington memaklumkan, pembukaan semula kolej akan dilakukan secara dalam talian, namun sebarang perubahan tertakluk kepada keadaan COVID-19 di negara itu.