awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 maut, 18 cedera bas mini terbalik

Bernama
Bernama
14/08/2022
04:20 MYT
9 maut, 18 cedera bas mini terbalik
Bas mini yang membawa 27 penumpang, termasuk 13 kanak-kanak itu dalam perjalanan dari wilayah Sohag menuju ke Kaherah. -Gambar hiasan
KAHERAH: Sembilan orang terbunuh manakala 18 lagi cedera pada Sabtu apabila sebuah bas mini terbalik di lebuh raya di wilayah Minya, menurut pihak berkuasa Mesir.
"Kemalangan berlaku pada awal pagi Sabtu akibat memandu laju hingga tayar bas di bahagian depan pecah dan bas itu terbalik beberapa kali," kata Gabenor Minya, Osama Al-Qady kepada Xinhua.
Bas mini yang membawa 27 penumpang, termasuk 13 kanak-kanak itu dalam perjalanan dari wilayah Sohag menuju ke Kaherah.
Sebanyak 15 ambulans dihantar ke lokasi kejadian manakala 10 daripada 18 penumpang yang cedera dibenarkan keluar hospital.
Nahas jalan raya di Mesir meragut ribuan nyawa setiap tahun.
Terdahulu pada Ogos, kemalangan membabitkan bas mini dan trak di Sohag menyebabkan 17 orang maut.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah menaik taraf rangkaian jalan rayanya, membina jalan dan jambatan baharu, serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mesir
#bas mini terbalik
#minya
#tayar bas pecah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan