9 penerbangan Kuwait dilencongkan ke Iraq akibat kabus

Kabus tebal merupakan fenomena biasa semasa musim sejuk di Kuwait dan kadangkala mengganggu jadual penerbangan di lapangan terbang utama negara itu. - Gambar hiasan/Adobe Stock
BAGHDAD: Sembilan penerbangan Kuwait telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Basra di selatan Iraq pada Ahad berikutan cuaca buruk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait, menurut Kementerian Pengangkutan Iraq, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Kabus tebal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait menyebabkan sembilan penerbangan dilencongkan ke Basra, Iraq; semua pesawat mendarat dengan selamat.
- Jarak penglihatan jatuh di bawah 100 meter sejak awal pagi Ahad, memaksa langkah keselamatan diambil bagi melindungi penumpang dan operasi penerbangan.
- Penerbangan di Kuwait disambung semula selepas cuaca bertambah baik; DGCA terus memantau keadaan kabus yang lazim berlaku pada musim sejuk.
Semua penerbangan dilaporkan mendarat dengan selamat, sekali gus menunjukkan tahap kesiapsiagaan lapangan terbang dan kecekapan kru operasi.
Pegawai Pentadbiran Lapangan Terbang Iraq Mahmoud Abdul-Sattar, mengesahkan kepada Xinhua bahawa semua pesawat mendarat tanpa sebarang kesulitan dan dijangka kembali ke Kuwait sebaik keadaan cuaca bertambah baik.
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait kembali seperti biasa kemudian pada Ahad selepas kabus tebal menyebabkan penerbangan dilencongkan, menurut Direktorat Umum Penerbangan Awam (DGCA) Kuwait.
Jurucakap DGCA Abdullah Al-Rajhi berkata jarak penglihatan mendatar jatuh ke bawah 100 meter sejak kira-kira pukul 2 pagi (2300 GMT Sabtu), menyebabkan langkah berjaga-jaga diambil bagi memastikan keselamatan penumpang dan pesawat.
Kabus tebal merupakan fenomena biasa semasa musim sejuk di Kuwait dan kadangkala mengganggu jadual penerbangan di lapangan terbang utama negara itu. DGCA memaklumkan pihaknya terus memantau keadaan bagi memastikan lalu lintas udara yang selamat dan lancar.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


