awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

900 kanak-kanak terbunuh dalam konflik Yaman pada 2015 - PBB

Bernama
Bernama
30/03/2016
13:02 MYT
900 kanak-kanak terbunuh dalam konflik Yaman pada 2015 - PBB
Keadaan keselamatan di Yaman kian buruk sejak Mac 2015, apabila kumpulan Daish menyerang buat kali pertama. - Gambar fail
Lebih 900 kanak-kanak terbunuh manakala 1,300 lagi cedera pada 2015, kesan daripada konflik di Yaman, memetik laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lapor agensi berita China, Xinhua pada Selasa.
"UNICEF mengesahkan lebih 1,560 insiden keganasan menyedihkan terhadap kanak-kanak berlaku di Yaman.
"Purata enam kanak-kanak terbunuh atau menjadi cacat setiap hari sejak Mac 2015, iaitu meningkat tujuh kali ganda berbanding 2014," kata UNICEF.
Menurut laporan itu kebanyakan insiden pembunuhan dan kecacatan berlaku adalah di Taiz, Sanaa, Saada, Aden dan Hajjah iaitu di kawasan berlakunya kekerasan dan pertempuran dahsyat.
Keadaan keselamatan di negara itu kian buruk sejak Mac 2015, apabila kumpulan Daish menyerang buat pertama kalinya di Yaman dan serangan yang dilancarkan tentera bersekutu diterajui Arab Saudi menyasarkan puak pemberontak di Houthi.
Dianggarkan seramai 21.2 juta orang iaitu 82 peratus daripada jumlah keseluruh penduduk terjejas akibat keganasan peperangan itu, mereka yang terjejas memerlukan bantuan kemanusiaan dan separuh daripadanya ialah kanak-kanak, kata UNICEF.
Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengesahkan penyalahgunaan kanak-kanak yang direkrut untuk berperang meningkat sejak perang tercetus. Statistik menunjukkan 848 kes kanak-kanak telah direkrut sejak beberapa tahun lepas, termasuk kanak-kanak seawal umur 10 tahun.
Pada Rabu, Wakil Khas PBB Ismail Ould Cheikh Ahmed berkata penghentian keganasan di Yaman bermula pada tengah malam 10 April dan pihak bertelagah akan memulakan rundingan perdamaian di Kuwait pada 18 April.
Rundingan menumpukan lima fokus utama termasuk pengunduran kumpulan militan dan bersenjata, penyerahan senjata kepada kerajaan, mengatur keselamatan sementara, pemulihan institusi kerajaan dan penyambungan semua dialog politik inklusif serta pembentukan sebuah jawatankuasa khas untuk banduan dan tahanan.
Topic Berkaitan
#angka korban
#INICEF
#kanak-kanak cacat
#kanak-kanak maut
#korban kanak-kanak
#PBB
#perang yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan