Deretan rumah baharu dan masjid indah dengan menara yang berkilauan memberi sedikit pembayang betapa pada tahun 2004 dahulu, pekan nelayan Meulaboh pernah musnah dilanda tsunami.
Sejak itu, zon bencana berkenaan menjalani usaha pembangunan semula bernilai berbilion-bilion dolar.
Pemandangan yang tenang hari ini sangat berbeza berbanding sedekad lalu di mata komuniti di Aceh, yang paling dekat dengan titik gempa kuat yang mencetus gelombang pembunuh.
Bencana yang melanda pada 26 Disember 2004 itu menyebabkan ribuan orang maut di Meulaboh.
Rumah-rumah ranap, pokok-pokok besar terkeluar dari tanah, dan satu-satunya bangunan yang bertahan hanyalah masjid-masjid yang mempunyai struktur binaan kukuh.
Pekan tersebut terputus hubungan selama berminggu-minggu berikutan rangkaian jalan raya dan jaringan komunikasi yang terjejas teruk. Penduduknya terpaksa mencari kelangsungan hidup di celah-celah timbunan lumpur, bergantung pada bekalan makanan yang dibawa melalui bantuan udara dan bot.
“Tsunami telah menjahanamkan segalanya yang kami miliki – rumah kami, keluarga kami.
“Tapi ia tidak memusnahkan semangat kami, kami bertabah dan berserah pada takdir Tuhan,” kata Saleha, 50.
Setelah terjadinya bencana maut yang meragut nyawa hampir 170,000 orang di Indonesia dan ribuan lagi di negara-negara sekeliling Lautan Hindi, dunia datang membantu dalam usaha memberi bekalan asas dan pembangunan semula.
Nilai bantuan hampir 7 bilion dolar diterima sepanjang tahun berikutnya, dengan lebih daripada 140,000 buah rumah dibina di seluruh Aceh, termasuk ribuan kilometer jalan raya, sekolah dan pusat kesihatan.
Kerancakan rojek pembangunan semula itu banyak didorong pengakhiran konflik antara kumpulan pemberontak dan pihak Jakarta, yang menyaksikan kesepakatan ke arah perdamaian dicapai kurang daripada setahun selepas bencana tersebut.
“Banyak organisasi bukan kerajaan (NGO) dan individu dari negara asing dan Jakarat datang membantu. Tanpa mereka, Meulaboh tidak mampu pulih,” kata Ketua Daerah Aceh Barat, Alaidinsyah.
Kepayahan untuk terus hidup
Di Meulaboh sahaja, kira-kira 160 kilometer di selatan Banda Aceh, 7,000 orang terkorban dan 45,000 lagi hilang tepat tinggal.
Selepas mayat dan serpihan kemusnahan dibersihkan, mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal terpaksa berteduh di pusat-pusat perlindungan sementara dan mereka telah bersabar selama beberapa tahun untuk mendapat rumah baharu.
Jalan-jalan raya telah dibina lebih lebar manakala rumah dan kedai dibangunkan lebih jauh dari laut untuk mengelak risiko tsunami pada masa akan datang. Beberapa bangunan dua tingkat di pekan itu kini ditukar menjadi tempat perlindungan kecemasan.
Keadaan yang sama terjadi di seluruh wilayah. Banyak jalan yang baru dibina sepanjang kawasan pesisiran pantai dan Banda Aceh dalam keadaan baik, malah bandar tersebut kini dilihat makmur dengan tanda-tanda kemewahan.
Begitupun, dengan rentak pembangunan semula yang pantas, sesetengah pihak mempersoalkan sama ada keputusan untuk memberi tumpuan terhadap pembinaan rumah dan infrastruktur baharu adalah tindakan yang betul.
Lilianne Fan, yang bekerja dengan organsisasi bantuan di Aceh dan bertindak sebagai penasihat gabenor wilayah mengenai pembangunan mapan, menyatakan bahawa ada banyak lagi yang sepatutnya dibuat untuk emmastikan orang ramai mempunyai pekerjaan dan hidup yang terjamin untuk jangka masa panjang.
Selepas sedekad bencana tsunami, dana bantuan semakin menyusut sedangkan pelaburan baharu yang digarapkan belum menjadi kenyataan. Banyak rumah baru terbiar kosong kerana orang tempatan tidak mampu untuk menguruskannya.
"Orang ramai kini menjalani hidup dengan kepayahan,” kata Fan, seorang penyelidik di Institut Pembangunan Luar Negara.
Pada masa yang sama, ketua agensi kerajaan yang mengetuai usaha pembangunan semula di Aceh, Kuntoro Mangkusubroto, memberitahu bahawa dia kecewa dengan kekurangan pelaburan dengan menekankan tentang ketiadaan kilang-kilang pengeluaran atau ladang pertanian di bandar tersebut.
Beberapa organisasi telah mencari penyelesaian lain menggunakan pendekatan mapan, namun menumpukan pada aktiviti program kesihatan dan pendidikan.
Yayasan Grameen yang berpangkalan di Amerka Syarikat menjalin kerjasama dengan institusi mikro-kewangan tempatan, Komida, untuk menawarkan pinjaman kecil.
Pinjaman itu berjumlah AS$110 itu dikhususkan untuk wanita Aceh yang mahu menjalankan perniagaan gerai makanan di tepi jalan.
Sistem seperti itu membolehkan orang ramai berusaha sendiri untuk mengubah nasib mereka,” kata ketua yayasan, Alex Counts.
Meskipun ada yang tidak yakin dengan usaha pembangunan semula itu, ramai yang berterima kasih atas bantuan yang telah mereka terima untuk membina hidup baharu.
"Saya tidak pernah terfikir bahawa dunia akan mengambil berat pada kami,: kata surirumah, Shariah, 55, yang telah dipindahkan dan diberikan sebuah rumah baharu.
Oleh Arlina Arshad
AFP
Thu Dec 25 2014
Aceh bangkit kembali selepas dibadai tsunami
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Lesen memandu kini boleh diperbaharui untuk tempoh 10 tahun - Anthony Loke
Anthony Loke memaklumkan pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana pihaknya.
BHEUU, AGC kaji had tempoh perkhidmatan PM tidak lebih 10 tahun
Kajian mengenai isu itu dibuat bagi mendapatkan pandangan orang awam, agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan.
Warga Indonesia berdepan 3 pertuduhan amang seksual terhadap anak tiri 10 tahun
Seorang tukang rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun pada 2017.
Remaja didakwa laku amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan 10 tahun
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Parti pembangkang Thailand diarah bubar, dilarang terlibat politik selama 10 tahun
Mahkamah memutuskan bahawa parti itu melanggar undang-undang dengan mengambil wang pinjaman 191.2 juta baht dari Thanathorn.
10 tahun tanpa Yasmin Ahmad
Sudah 10 tahun Yasmin Ahmad kembali mengadap Yang Maha Esa. Namun, ingatan serta kasih sayang pencinta padanya tidak pernah pudar.
Najib alu-alukan kes pembunuhan Altantuya dibuka semula
Najib mengalu-alukan gesaan veteran DAP Lim Kit Siang yang mendesak agar kes pembunuhan berprofil tinggi sejak sedekad lalu dibuka semula.
Pemeriksaan dawai elektrik rumah akan diwajibkan setiap 10 tahun
Semua rumah akan diwajib memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun mulai tahun depan.
Kilafairy dedah rahsia ikat perut tak makan nasi untuk kekal ramping
Tidak jamah nasi mahupun sebarang intake yang punya kadar karbohidrat tinggi. Selain menjaga makan, selalu juga rajinkan diri untuk keluarkan peluh dan terus aktif
[VIDEO] Scha Alyahya kongsi cerita kehidupan keluarga yang kadang kala pelik
Rasanya doa-doa peminat dan penyokong Scha dan Awal benar-benar termakbul apabila mereka bernikah dan bergelar suami-isteri yang sah.