awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Acropolis tutup sementara akibat gelombang panas baharu

Bernama
Bernama
08/07/2025
22:00 MYT
Acropolis tutup sementara akibat gelombang panas baharu
Menurut Kementerian Kebudayaan, penutupan Acropolis berkuat kuasa dari 1 tengah hari hingga 5 petang. - Foto Acropolis Tickets
ATHENS: Gelombang haba ketiga tahun ini mendorong suhu mencecah 42 darjah Celsius di Greece.
Buat kali pertama tahun ini, Acropolis di Athens ditutup pada waktu tengah hari bagi melindungi pelancong dan kakitangan daripada terik matahari.
Menurut Kementerian Kebudayaan, penutupan berkuat kuasa dari 1 tengah hari hingga 5 petang, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kementerian Buruh turut mengambil tindakan susulan suhu tinggi dengan melarang kerja fizikal luar di kawasan terjejas teruk antara 12 tengah hari hingga 5 petang.
Larangan ini meliputi kerja pembinaan dan pertanian.
Perkhidmatan penghantaran makanan dan kopi menggunakan motosikal juga perlu diberhentikan sementara, kecuali penghantar menggunakan kenderaan berhawa dingin.
Syarikat yang melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga EUR2,000 (US$2,348) bagi setiap pekerja terjejas.
Suhu tinggi dilaporkan di Semenanjung Chalkidiki, Euboea, Greece tengah, wilayah Attica sekitar Athens, dan barat Crete.
Gelombang panas dijangka berterusan hingga Rabu, dengan suhu diramal menurun ke paras lebih selesa iaitu 30 darjah pada Khamis.
Pakar memberi amaran risiko kebakaran hutan yang sangat tinggi, terutama dengan angin kencang tempatan yang boleh mencetuskan api dalam beberapa minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#acropolis
#Acropolis tutup
#gelombang haba
#risiko kebakaran hutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan