awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afghanistan hantar eksport makanan ikan pertama ke Tajikistan

Bernama
Bernama
26/07/2025
20:30 MYT
Afghanistan hantar eksport makanan ikan pertama ke Tajikistan
Kumpulan pertama makanan ikan itu telah dibawa ke pasaran Tajikistan selepas melalui proses jaminan kualiti dan pemprosesan piawai. - Foto X/@MAIL_AF
KABUL: Afghanistan buat julung kalinya mengeksport 50 tan makanan ikan dari Wilayah Balkh di utara negara itu ke Tajikistan, menandakan cita-cita perdagangan serantau negara itu yang semakin berkembang, lapor Xinhua pada Sabtu, memetik Agensi Berita Bakhtar milik kerajaan.
"Kumpulan pertama makanan ikan itu telah dibawa ke pasaran Tajikistan selepas melalui proses jaminan kualiti dan pemprosesan piawai," kata Ketua Jabatan Industri dan Perdagangan wilayah itu, Hafiz Amir Mohammad Muttaqi, seperti yang dipetik oleh Bakhtar.
Muttaqi berkata langkah ini merupakan satu perkembangan penting dalam usaha mempelbagaikan portfolio eksport Afghanistan dan mengukuhkan kehadiran negara itu di pasaran serantau.
Awal bulan ini, satu penghantaran besar produk pencuci turut dieksport dari Wilayah Balkh ke United Kingdom.
Dengan menggalakkan pertumbuhan sektor swasta dan memudah cara akses ke pasaran serantau, kerajaan interim Afghanistan memainkan peranan penting dalam memperluas eksport, mengukuhkan ekonomi negara dan mempertingkat perdagangan ke peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#balkh
#makanan ikan
#eksport
#Tajikistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan