awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afrika Selatan kesal dengan pengusiran duta ke AS

Bernama
Bernama
15/03/2025
23:45 MYT
Afrika Selatan kesal dengan pengusiran duta ke AS
Dalam ucapannya, Rasool (gambar) mendakwa Trump 'mengetuai satu gerakan keagungan kulit putih global' serta bertindak melanggar norma dan amalan diplomasi yang telah lama terjalin. - Gambar fail
JOHANNESBURG: Pejabat Presiden Afrika Selatan menyatakan kekesalan terhadap pengusiran Duta Afrika Selatan ke Amerika Syarikat (AS), Ebrahim Rasool, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Pejabat Presiden memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum pengusiran itu dan menggesa semua pihak berkepentingan yang terlibat untuk mengekalkan adab diplomasi dalam menangani perkara itu.
"Afrika Selatan kekal komited untuk membina hubungan yang saling memanfaatkan dengan Amerika Syarikat," menurut kenyataan itu.
Setiausaha Negara AS Marco Rubio pada Jumaat mengisytiharkan Rasool sebagai "persona non grata" menerusi platform media sosial X, susulan ucapan duta besar itu sebelum ini yang mengkritik Presiden AS Donald Trump.
Dalam ucapannya, Rasool mendakwa Trump "mengetuai satu gerakan keagungan kulit putih global" serta bertindak melanggar norma dan amalan diplomasi yang telah lama terjalin.
Trump menandatangani perintah eksekutif pada Februari untuk memotong bantuan kewangan kepada Afrika Selatan, dengan alasan tidak bersetuju dengan dasar tanah negara itu dan mendakwa Kerajaan Afrika Selatan "merampas tanah pertanian milik kaum minoriti Afrikaner".
Tindakan itu juga dibuat susulan Afrika Selatan memfailkan kes genosid terhadap sekutu AS, Israel, di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#duta
#pengusiran
#Ebrahim Rasool
#Duta Afrika Selatan ke Amerika Syarikat
#persona non grata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan