awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong teroka teknologi dron Rusia di Tochka Kipeniya

Bernama
Bernama
07/08/2025
15:58 MYT
Agong teroka teknologi dron Rusia di Tochka Kipeniya
Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut Penasihat kepada Presiden Persekutuan Rusia Dimitry Peskov dan Naib Presiden Kanan Institut Sains dan Teknologi Skolkovo (Skoltech) Alexey Ponomarev. - Gambar JaPen
MOSCOW: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat Tochka Kipeniya, sebuah pusat teknologi dan inovasi di Moscow, sebagai sebahagian daripada lawatan negara ke Rusia.
Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut Penasihat kepada Presiden Persekutuan Rusia Dimitry Peskov dan Naib Presiden Kanan Institut Sains dan Teknologi Skolkovo (Skoltech) Alexey Ponomarev.
Mengiringi Seri Paduka Baginda, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Pengiring Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.
Sepanjang sesi lawatan selama satu jam itu, Sultan Ibrahim berkenan meninjau pameran teknologi dron Rusia, dengan dipersembahkan taklimat mengenai pelbagai inisiatif pembangunan teknologi kepada Seri Paduka Banginda diberikan Peskov.
Pameran itu turut mempamerkan pelbagai jenis dron yang direka untuk pelbagai aplikasi, sekali gus memperlihatkan keupayaan Rusia yang semakin berkembang dalam sektor sistem penerbangan tanpa juruterbang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#pameran teknologi
#sistem penerbangan
#dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan