awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli fizik Jerman cipta kod QR terkecil di dunia

Bernama
Bernama
07/11/2024
23:00 MYT
Ahli fizik Jerman cipta kod QR terkecil di dunia
Kod QR terkecil itu diiktiraf sebagai rekod oleh Guinness World Records selepas pengukuran bebas oleh sebuah syarikat teknologi. - Gambar hiasan
DUSSELDORF: Sekumpulan ahli fizik dari Universiti Munster mencipta kod QR terkecil di dunia, sekali gus melayakkan mereka disenaraikan dalam Buku Rekod Guinness, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kod QR berukuran 5.38 mikrometer persegi, yang menurut universiti itu, adalah kira-kira 20 kali lebih kecil daripada rekod dunia sebelumnya yang dipegang oleh kumpulan penyelidik dari Singapura dan sekitar tujuh kali lebih kecil daripada sel darah merah manusia.
Kod QR itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun menurut jurucakap universiti, ia boleh diperbesar berkali-kali pada skrin komputer menggunakan mikroskop.
Kod itu, yang menghubungkan ke laman sesawang fizik kuantum universiti, diiktiraf sebagai rekod oleh Guinness World Records selepas pengukuran bebas oleh sebuah syarikat teknologi.
Universiti berkenaan ingin menggunakan rekod ini untuk mempromosikan pengajian fizik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kod QR terkecil
#ahli fizik Jerman
#Universiti Munster
#Buku Rekod Guinness
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan