awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli keluarga tebusan kritik tindakan Netanyahu pecat Ronen Bar

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2025
00:30 MYT
Ahli keluarga tebusan kritik tindakan Netanyahu pecat Ronen Bar
Penunjuk perasaan mengadakan protes susulan pemecatan ketua perkhidmatan perisikan domestik Shin Bet, Ronen Bar serta menyifatkan ia sebagai perang terhadap tebusan. - Foto REUTERS
TEL AVIV: Penunjuk perasaan Israel termasuk ahli keluarga tebusan berhimpun di Tel Aviv menuntut perjanjian tebusan dan gencatan senjata dengan Hamas pada Ahad.
Dalam masa sama, mereka mengkritik tindakan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memecat ketua perkhidmatan perisikan domestik Shin Bet, Ronen Bar serta menyifatkan ia sebagai perang terhadap tebusan.
Sebelum ini Netanyahu memberitahu beliau kehilangan kepercayaan terhadap Bar dan menyifatkan peranan memerangi keganasan dan keselamatan untuk pegawai kerajaan, adalah sangat penting pada masa perang.
Dalam pada itu, Bar berkata satu-satunya kepercayaan yang perlu beliau perolehi adalah daripada rakyat Israel manakala jangkaan Netanyahu terhadap kepercayaan peribadi dilihat bertentangan dengan kepentingan negara.
Shin Bet merupakan rakan sejawat Israel kepada Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) adalah Badan Keamanan Israel yang bertanggung jawab atas keamanan dalam negeri.
Dilantik pada 2021 oleh kerajaan terdahulu, Bar pernah memberitahu Netanyahu, beliau merancang untuk meletak jawatan namun hanya selepas 59 tebusan dibawa pulang dan selepas menyelesaikan siasatan sensitif.
Sepanjang fasa awal gencatan senjata selama enam minggu, kumpulan pejuang Hamas membebaskan 33 tebusan, termasuk mayat lapan yang telah meninggal dunia, sebagai pertukaran bagi kira-kira 1,800 tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#gencatan senjata
#Hamas
#Penunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan