awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Kongres AS bakal bentang rang undang-undang tukar nama Teluk Mexico

Bernama
Bernama
08/01/2025
22:30 MYT
Ahli Kongres AS bakal bentang rang undang-undang tukar nama Teluk Mexico
Marjorie Taylor Greene bercakap kepada media di US Capitol, Washington, Amerika Syarikat, 6 Jan 2025. REUTERS
MOSCOW: Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) Marjorie Taylor Greene berkata beliau akan membentangkan rang undang-undang untuk menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika pada pagi Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Presiden terpilih AS Donald Trump, sebelum ini menyatakan pada Selasa yang beliau bercadang untuk menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika sebagai sebahagian dasar wilayah pentadbiran baharunya.
"Ini teluk kita. Nama yang sebenar ialah Teluk Amerika dan seluruh dunia harus merujuknya sedemikian.
"Sebaik sahaja presiden Trump (yang akan dilantik) membuat pengumuman itu, saya mengarahkan pasukan saya untuk merangka rang undang-undang tersebut.
"Rang undang-undang ini siap disusun dengan majlis perundangan dan sedia untuk dikemukakan pagi Khamis," menurut Greene di platform X.
Ahli kongres itu menggesa Kongres agar serius melaksanakan mandat agenda Trump dan bertindak pantas untuk merealisasikannya.
Greene, wakil Republikan dari Georgia mendakwa kartel Mexico menggunakan teluk itu untuk "menyeludup manusia, dadah, senjata dan entah apa lagi," sementara rakyat Amerika terpaksa menanggung kos untuk melindungi perairan maritim daripada "ancaman ketenteraan negara asing."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#tukar nama Teluk Mexico
#Marjorie Taylor Greene
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan