awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Korea Selatan sebulat suara undi batalkan undang-undang tentera

Bernama
Bernama
03/12/2024
21:15 MYT
Ahli Parlimen Korea Selatan sebulat suara undi batalkan undang-undang tentera
Parlimen Korea Selatan pada Rabu meluluskan usul menuntut Presiden Yoon Suk Yeol membatalkan pengisytiharan undang-undang tentera. - Gambar Reuters
SEOUL: Parlimen Korea Selatan pada Rabu meluluskan usul menuntut Presiden Yoon Suk Yeol membatalkan pengisytiharan undang-undang tentera, lapor agensi berita Yonhap.
Di bawah Perlembagaan, undang-undang tentera mesti dibatalkan apabila majoriti Ahli Parlimen menuntutnya.
Daripada 300 Ahli Parlimen, 190 hadir dalam sesi itu dan kesemuanya menyokong usul untuk menamatkan undang-undang tentera.
Dengan kelulusan usul itu, pengisytiharan undang-undang tentera kini terbatal, menurut pejabat Speaker Parlimen.
Dalam satu pengumuman mengejut menerusi siaran langsung televisyen pada lewat Selasa malam, Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera, dengan menuduh pembangkang melumpuhkan kerajaan melalui "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."
Yoon berkata, keputusan untuk mengisytiharkan undang-undang tentera itu bertujuan untuk "membina semula dan melindungi" negara yang didakwanya sedang menghadapi cabaran besar.
Pengisytiharan itu membolehkan sekatan terhadap kebebasan tertentu, termasuk kebebasan akhbar, penerbitan, perhimpunan, serta kuasa kerajaan dan mahkamah.
Namun, undang-undang tentera boleh ditamatkan jika majoriti Ahli Parlimen menuntut pembatalannya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Ahli Parlimen Korea Selatan
#undang-undang tentera
#Presiden Yoon Suk Yeol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan