awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen UK, Amesbury dipenjara kerana menumbuk lelaki di jalanan

Bernama
Bernama
24/02/2025
21:30 MYT
Ahli Parlimen UK, Amesbury dipenjara kerana menumbuk lelaki di jalanan
Mike Amesbury dijatuhkan hukuman penjara 10 minggu pada Isnin kerana menumbuk seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran di jalanan. - Gambar Reuters
LONDON: Ahli Parlimen United Kingdom (UK), Mike Amesbury dijatuhkan hukuman penjara 10 minggu pada Isnin kerana menumbuk seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran di jalanan, lapor PA Media/dpa.
Ahli Parlimen berusia 55 tahun itu yang berada di Parlimen sebagai wakil bebas sejak digantung keahlian oleh parti pemerintah, Parti Buruh susulan penangkapannya pada Oktober tahun lalu, tunduk ketika hukuman dijatuhkan di Mahkamah Majistret Chester.
Dia kemudian dibawa ke lokap oleh dua pegawai mahkamah.
Amesbury mengaku bersalah pada sesi pendengaran Januari lalu atas pertuduhan menyerang Paul Fellows, 45, di kawasan Cheshire, England pada awal pagi 26 Okt.
Ketika menjatuhkan hukuman, timbalan hakim kanan daerah, Tan Ikram berkata: "Dalam kes ini, hukuman penjara serta-merta adalah perlu, pada pandangan saya, sebagai hukuman dan pengajaran."
Mahkamah diberitahu, Amesbury meminum alkohol sebelum tiba di hentian teksi, di mana Fellows menghampirinya untuk membantah penutupan sebuah jambatan di bandar itu.
Rakaman menunjukkan Amesbury menumbuk kepala Fellows sehingga terjatuh, sebelum mengikutinya ke jalan dan menumbuknya sekurang-kurangnya lima kali.
Dia kemudian kedengaran berkata: "Kamu tidak akan mengancam Ahli Parlimen kamu lagi, bukan?"
Orang awam kemudian menahan Amesbury dan seorang daripada mereka kedengaran berkata: "Kamu tidak akan menjadi Ahli Parlimen lagi selepas malam ini."
Mahkamah diberitahu, Fellows mengalami kecederaan di kepala serta mengadu sakit kepala, selain luka ringan pada siku.
Ketika ditahan, Amesbury mendakwa, dia bertindak untuk mempertahankan diri dan berasa "terancam" serta "digertak", menurut keterangannya di mahkamah.
Peguam yang mewakili Amesbury, Richard Derby, berkata: "Saya telah lama berkecimpung dalam bidang ini dan melihat banyak kes.
"Saya tidak pernah mewakili seseorang yang mempunyai karakter sebaik anak guam saya hari ini."
Beliau turut menyatakan bahawa "kesan" kejadian itu juga akan dirasai oleh enam kakitangan Amesbury. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli parlimen UK
#Mike Amesbury
#tumbuk lelaki
#Paul Fellows
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan