LEIGH-ON-SEA: Seorang Ahli Parlimen Konservatif United Kingdom (UK) maut selepas ditikam beberapa kali menggunakan pisau ketika mengadakan pertemuan di sebuah gereja di daerah Leigh-On-Sea di Southend West.

David Amess, Ahli Parlimen Southend West di Essex, ketika kejadian sedang bertemu penduduk di kawasannya di Belfairs Methodist Church sebelum didatangi seorang lelaki yang meluru dan menyerangnya dengan pisau.

Menurut laporan BBC News, polis dan ambulans kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Amess yang menerima rawatan kecemasan di gereja berkenaan kemudian disahkan meninggal dunia.

Polis Essex menerusi laman Twitternya turut mengesahkan kejadian itu.

Amess adalah merupakan seorang Ahli Parlimen yang terkenal dan menjadi wakil rakyat Southend West sejak 1997.

Dia sebelum ini juga pernah memegang portfolio sebagai Ahli Parlimen Basildon.

Amess telahpun berkahwin dan mempunyai lima orang anak.