awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli sains kaji cara hilangkan bau 'raja buah', hasil coklat daripada durian

Amirul Awaludin
Amirul Awaludin
12/10/2017
02:38 MYT
Ahli sains kaji cara hilangkan bau 'raja buah', hasil coklat daripada durian
Penemuan MGL pada buah durian ini penting bagi perkembangan raja buah itu dalam industri buah-buahan. -Gambar hiasan/Bernama
Buah durian sering kali dikaitkan dengan baunya yang kuat serta kurang enak.
Aromanya yang begitu menyengat menyebabkan 'raja buah' ini dilarang dibawa ke dalam hotel, pesawat dan beberapa lokasi tumpuan lain.
Namun, bagi yang menggemarinya, bau durian bukan masalah besar, malah ia umpama candu yang menggamit penggemar untuk menikmatinya.
Persoalan timbul tentang dari mana asal bau kuat daripada durian.
Itu kajian yang dijalankan pakar sains di Singapura dalam mengenal pasti punca bau pada durian secara saintifik dan pada masa sama memecahkan kod genetik durian.
Menurut Timbalan Pengarah Kajian di Pusat Kanser Kebangsaan Singapura (NCCS), Prof Bin Tean Teh, pasukan penyelidik di situ telah membuat kajian yang julung kali dilakukan dan menemukan 46,000 genetik pada raja buah.
"Malah, kajian juga mendapati asal usul durian adalah daripada pokok koko dan (berkemungkinan) dijadikan coklat," katanya sepertimana dipetik daripada portal The Straits Times.
Selain itu, Bin berkata para saintis turut menemukan empat genetik serupa iaitu Methionine Gamma Lyases (MGL) pada durian, koko dan kapas.
Katanya, genetik MGL itu dilihat pendorong kepada pengeluaran bau yang kuat dari durian.
"Ini memberi petunjuk pertama kepada kami bahawa MGL benar-benar menghasilkan bau yang sangat kuat," katanya.
Sementara itu, Bin dipetik Australia Plus sebagai berkata penemuan MGL pada buah durian ini penting bagi perkembangan raja buah itu dalam industri buah-buahan.
Katanya, para penyelidik boleh membuat eksperimen kaedah tertentu untuk mengurangkan genetik MGL sekali gus membuang bau yang kuat pada durian.
Topic Berkaitan
#Ahli sains
#bau durian
#durian
#Profesor Bin Tean Teh
#Pusat Kanser Kebangsaan Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan