awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS akan sertai semula UNESCO

Bernama
Bernama
12/06/2023
15:31 MYT
AS akan sertai semula UNESCO
Amerika Syarikat (AS) akan menyertai semula organisasi pelajaran, saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang berpangkalan di Paris. - Foto REUTERS
PARIS: Amerika Syarikat (AS) akan menyertai semula organisasi pelajaran, saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang berpangkalan di Paris, kata Ketua Pengarahnya Audrey Azoulay pada Isnin.
"Ini merupakan keyakinan yang kuat terhadap UNESCO dan dalam multilateralisme. Bukan sahaja terhadap mandat organisasi dalam budaya, pendidikan, sains, maklumat - bahkan terhadap cara mandat itu dilaksanakan hari ini," kata Azoula lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Beliau berkata AS telah memaklumkan secara rasmi keputusan untuk menyertai semula UNESCO pada Julai berdasarkan pelan kewangan yang konkrit.
AS menggantung sumbangannya kepada UNESCO pada 2011 dan memberitahu organisasi keputusannya untuk menarik diri secara sah pada 12 Oktober 2017.
Pembabitan semula AS adalah hasil persetujuan yang dicapai oleh Kongres pada Disember 2022 yang membenarkan sumbangan kewangan kepada UNESCO, menurut organisasi itu dalam satu kenyataan.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Unesco
#sertai semula
#Audrey Azoulay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan