Seorang lelaki berusia sekitar tiga puluhan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam Sunset Cliffs, cenuram setinggi 60 kaki (18 meter) di San Diego, Amerika Syarikat.
Beliau dikatakan terjatuh ketika sedang leka melihat gajet yang berada di tangan sambil berjalan kaki, menurut Yahoo Travel.
“Beberapa orang saksi memberitahu mereka melihat seorang lelaki kelihatan asyik melihat gajet di tangan yang kemudian jatuh dari pinggir cenuram,” jelas Bill Bender, seorang pengawal pantai. “Dia tidak melihat ke mana dia pergi, dia asyik melihat ke bawah. Ke arah gajet di tangannya.”
Tidak ada rakaman yang menunjukkan gajet itu secara jelas namun para saksi percaya lelaki tersebut membawa telefon bimbit atau kamera kerana Sunset Cliffs merupakan tempat yang masyhur dalam kalangan jurugambar.
Selepas lelaki itu terjatuh, tiga orang awam menuruni kawasan berbatu tersebut untuk menyelamatkan beliau. Mereka turut mencuba teknik resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Lelaki tersebut bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian.
Bender turut mengingatkan pengunjung lain yang berjalan di sekitar cenuram berkenaan agar lebih peka dengan kawasan sekeliling.
Nizam Bakeri
Tue Dec 29 2015
Sunset Cliffs merupakan kawasan cenuram yang digemari oleh para jurugambar dan pelancong. - Foto Flickr
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Oarfish' ditemui di perairan San Diego
Sekumpulan pengayuh aktiviti kayak dan penyelam snorkeling di perairan luar pantai San Diego dilaporkan menemui seekor ikan naga laut.
Manchester United, Wrexham berentap di San Diego
Perlawanan akan berlangsung di Stadium Snapdragon, gelanggang kelab Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan, San Diego Wave FC pada 25 Julai.
Seorang maut, empat cedera insiden tembakan rambang di San Diego
Suspek berusia 32 tahun berjaya ditahan polis dan dikejarkan ke hospital akibat kecederaan yang dialami.
Kebakaran hutan landa selatan California, lebih 50,000 diarah pindah
Beberapa kebakaran hutan melanda di selatan California sehingga memaksa penduduk di daerah San Diego dan San Bernardino berpindah.
Lebih 5,300 ekar kawasan di California musnah dalam kebakaran
Menurut Cal Fire hanya satu peratus sahaja kawasan kebakaran berjaya dikawal.
Penulis komik tempatan terima pencalonan Anugerah Eisner
Erica Eng dicalonkan dalam Anugerah Eisner menerusi komik webnya, Fried Rice.
Selepas dua bulan berlabuh, USS Theodore Roosevelt kembali beroperasi
Kapal itu berlabuh di Guam sejak 27 Mac, ketika 4,800 anak kapal menjalani tempoh kuarantin, dan lebih dari 1,000 daripadanya disahkan positif.
AS catat kes ke-14 positif COVID-19
Pesakit kedua yang dibawa pulang dari Wuhan, China ke pangkalan marin Amerika Syarikat dekat San Diego, disahkan menghidapi wabak baharu koronavirus atau COVID-19.
Kokain seberat 9,071 kilogram dirampas di San Diego
Ia dirampas dalam lapan operasi yang dijalankan empat pasukan keselamatan berkenaan dalam tempoh antara pertengahan November 2019 dan Januari tahun ini.
Cisco mahu sediakan dunia untuk perkhidmatan 5G dan Wifi 6
Tetapi adakah Malaysia sudah bersedia?