awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis berbaju penguin protes penggunaan jet peribadi di pulau percutian

Bernama
Bernama
25/08/2023
10:45 MYT
Aktivis berbaju penguin protes penggunaan jet peribadi di pulau percutian
Seramai 15 orang terlibat dalam bantahan itu, dengan sebahagian daripada mereka masuk ke premis lapangan terbang. - Foto: X @ambodenbleiben
HAMBURG: Beberapa aktivis iklim yang berpakaian penguin bertindak menghalang operasi lapangan terbang di pulau peranginan Sylt, Jerman sebagai bantahan ke atas perjalanan jet peribadi.
Seramai 15 orang terlibat dalam bantahan itu, dengan sebahagian daripada mereka masuk ke premis lapangan terbang, kata jurucakap polis di Flensburg pada Jumaat.
Dengan cogan kata "The coolest birds stay on the ground" kumpulan aktivis itu berkata mereka mahu menghantar isyarat menentang tindakan melampau jet peribadi dan lalu lintas udara.
"Jet-jet peribadi merupakan masalah utama kepada ketidakadilan iklim," kata Magdalena Heuwieser dalam satu kenyataan.
Kakitangan lapangan terbang cuba menghalang beberapa aktivis daripada memanjat pagar, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Orang ramai yang berada di situ juga cuba menahan aktivis itu dan menyerahkan mereka kepada polis.
Aktivis berkenaan merancang memasuki pintu masuk ke terminal penerbangan persendirian dan menunggang basikal melintasi landasan, kata mereka.
Laluan Hamburg-Sylt dianggap sebagai antara laluan jet peribadi paling sibuk di Jerman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#protes
#pulau percutian
#aktivis
#alam sekitar
#iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan