awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir umum pengeluaran minyak baharu dari medan Teluk Suez
Mariah Carey bakal nyanyi lagu Itali pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk
Perintis teknologi GPS Gladys West meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis hak asasi AS Jesse Jackson dimasukkan ke hospital akibat penyakit neurodegeneratif

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2025
07:00 MYT
Aktivis hak asasi AS Jesse Jackson dimasukkan ke hospital akibat penyakit neurodegeneratif
Jackson (foto) dimasukkan ke hospital akibat penyakit neurodegeneratif progresif (PSP) yang menyebabkan keadaan kesihatannya semakin merosot. -Foto Reuters
CHICAGO: Pemimpin hak asasi manusia Amerika Syarikat (AS), Reverend Jesse Jackson, dimasukkan ke hospital di Chicago, menurut kenyataan Rainbow PUSH Coalition yang diasaskannya.

Ringkasan AI
  • Pemimpin hak asasi manusia Amerika Syarikat, Reverend Jesse Jackson, dimasukkan ke hospital di Chicago akibat penyakit neurodegeneratif progresif, Progressive Supranuclear Palsy (PSP), yang merupakan penyebab keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
  • Jackson, 84, menderita penyakit ini sejak 2017 selepas awalnya didiagnosis dengan Parkinson, dan diagnosis rasmi PSP diperoleh pada bulan April yang lalu.
  • Beliau yang pernah bertanding sebagai calon Presiden AS pada 1984 dan 1988 kini berada di bawah pemerhatian, dan pihak keluarga meminta doa serta sokongan daripada orang ramai.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jackson, 84, kini berada dalam pemerhatian akibat penyakit neurodegeneratif progresif dikenali sebagai Progressive Supranuclear Palsy (PSP) yang dideritainya selama lebih sedekad selepas didiagnosis dengan penyakit Parkinson pada 2017.
Diagnosis rasmi bagi PSP disahkan pada April lalu, kata organisasi itu dalam kenyataan media.
“Pihak keluarga amat menghargai segala doa dan sokongan pada waktu ini,” menurut kenyataan Rainbow PUSH Coalition, gabungan dua organisasi yang diasaskan Jackson — People United to Serve Humanity (1971) dan Rainbow Coalition (1984).
Jackson, yang pernah bertanding sebagai calon Presiden AS pada 1984 dan 1988, merupakan anak didik kepada Dr Martin Luther King Jr dan memainkan peranan penting dalam gerakan hak asasi sejak era 1960-an.
Beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden Rainbow PUSH Coalition pada 2023 atas faktor kesihatan.
Jackson sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital pada 2021 akibat jangkitan COVID-19 dan kecederaan kepala selepas terjatuh di Universiti Howard.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah umur Reverend Jesse Jackson ketika didiagnosis dengan penyakit Parkinson pada tahun 2017? A: Reverend Jesse Jackson berusia 76 tahun ketika didiagnosis dengan penyakit Parkinson pada tahun 2017.
  • Q: Apakah penyakit neurodegeneratif yang kini dihadapi oleh Reverend Jesse Jackson? A: Reverend Jesse Jackson kini dihadapi penyakit neurodegeneratif yang dikenali sebagai Progressive Supranuclear Palsy (PSP).
  • Q: Apakah organisasi yang mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan kesihatan Reverend Jesse Jackson? A: Rainbow PUSH Coalition, gabungan dua organisasi yang diasaskan oleh Reverend Jesse Jackson, mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan kesihatan beliau.
  • Q: Apakah peranan penting yang dimainkan oleh Reverend Jesse Jackson dalam sejarah gerakan hak sivil Amerika? A: Reverend Jesse Jackson memainkan peranan penting dalam gerakan hak sivil Amerika sejak era 1960-an, beliau merupakan anak didik kepada Dr Martin Luther King Jr.
  • Q: Apakah faktor kesihatan yang menyebabkan Reverend Jesse Jackson melepaskan jawatan sebagai Presiden Rainbow PUSH Coalition pada tahun 2023? A: Reverend Jesse Jackson melepaskan jawatan sebagai Presiden Rainbow PUSH Coalition pada tahun 2023 atas faktor kesihatan.

Topic Berkaitan
#Jesse Jackson
#dimasukkan ke hospital di Chicago
#penyakit neurodegeneratif progresif
#Progressive Supranuclear Palsy PSP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan