awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Tiris bongkar ketirisan, rampasan cecah RM179 juta
Hakim AS tolak permohonan pegawai Minnesota henti operasi imigresen persekutuan
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis hak asasi manusia John Lewis meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2020
23:04 MYT
Aktivis hak asasi manusia John Lewis meninggal dunia
John Lewis meninggal dunia akibat kanser pankreas pada usia 80 tahun. -AP
Aktivis hak asasi manusia John Lewis, 80, meninggal dunia akibat kanser pankreas.
Dalam satu kenyataan, Speaker Dewan Kongres, Nancy Pelosi memberi penghormatan dengan menyifatkan rakyat AS berkabung kerana mereka kehilangan seorang wira hebat dalam sejarah.
Tambahnya, Lewis dianggap sebagai wira yang teguh memperjuangkan hak sivil, berprinsip dan berani untuk melakukan perubahan demi kebaikan negara.
Sejak 1961, Lewis adalah antara aktivis kemanusiaan termuda yang melakukan pelbagai demonstrasi bersama kumpulan Freedom Riders yang menentang pengasingan dalam sistem pengangkutan AS pada awal 1960-an.
Beliau akhirnya menjadi tokoh aktivis yang lantang bersuara demi keadilan dan kesamarataan hak bagi rakyat AS.
Lewis merupakan salah seorang daripada 'Big Six', iaitu enam pemimpin yang menggerakkan perarakan bersejarah di Washington pada 1963 bersama Martin Luther King Jr yang menyampaikan ucapan ikonik 'I Have A Dream'.
Mendiang hampir terbunuh dalam satu insiden dipukul oleh polis dan kemudiannya berkhidmat sejak beberapa dekad sebagai anggota kongres Amerika Syarikat.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anggota kongres
#Freedom Riders
#hak sivil
#John Lewis
#Nancy Pelosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan