awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti nuklear: Sikap Iran didakwa mengancam keamanan

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2021
00:20 MYT
Aktiviti nuklear: Sikap Iran didakwa mengancam keamanan
Sehingga kini simpanan uranium Iran melebihi had yang dipersetujui dalam perjanjian nuklear. - Gambar hiasan
NEW YORK: UK, Perancis dan Jerman mendakwa Iran menunjukkan sikap membimbangkan berkaitan aktiviti nuklearnya.
Sikap ini, dakwa blok berkenaan, menjejaskan keamanan dan sistem kawalan nuklear global.
Kenyataan bersama UK, Perancis dan Jerman ini dikeluarkan menjelang mesyuarat Majlis Keselamatan berkaitan kawalan nuklear.
"Majlis Keselamatan hari ini berdepan situasi membimbangkan. Selama dua tahun Iran telah melaksanakan langkah luar jangka, dengan mencabuli sebahagian besar peraturan dalam JCPOA.
"Iran juga gagal beri akses pemantauan kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, menyebabkan komuniti dunia tidak mengetahui berkenaan program nuklearnya.
"Program nuklear ini dikatakan sangat maju ketika ini. Ini menjejaskan keselamatan dan keamanan dalam dunia kawalan nuklear," katanya.
Sejak kegagalan Perjanjian Nuklear 2015, Iran mula memperkaya uranium ke tahap 60 peratus, menghampiri gred uranium bagi penghasilan senjata pada 90 peratus.
Sehingga kini simpanan uranium Iran melebihi had yang dipersetujui dalam perjanjian nuklear.
Blok barat mendakwa kedegilan Iran meneruskan aktiviti nuklearnya mengancam usaha menghidupkan semula perjanjian berkenaan.
Iran bagaimanapun mempertahankan program nuklearnya bertujuan untuk keamanan.
Topic Berkaitan
#nuklear
#Iran
#keamanan
#perjanjian nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan