awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Qaeda ancam serang kementerian Perancis, kedutaan Sweden susulan insiden bakar al-Quran

Bernama
Bernama
15/09/2023
14:03 MYT
Al-Qaeda ancam serang kementerian Perancis, kedutaan Sweden susulan insiden bakar al-Quran
Menurut laporan itu Sweden antara negara Eropah yang telah memilih untuk mengetuai perang menentang Islam dan umatnya. - Gambar fail/AFP
MOSCOW: Anggota kumpulan al-Qaeda (yang diharamkan di Rusia) dilaporkan telah mengancam untuk menyerang sebuah kementerian di Perancis dan kedutaan Sweden, menurut Sputnik.
Laporan Le Figaro pada Jumaat yang memetik kenyataan kumpulan itu mengatakan bahawa Al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) mengumumkan rancangan itu dalam terbitan terbaru majalah Sada al-Malahim.
Menurut laporan itu Sweden antara negara Eropah yang telah memilih untuk mengetuai perang menentang Islam dan umatnya.
Kumpulan itu merujuk kepada insiden pembakaran al-Quran di Sweden baru-baru ini.
AQAP dikatakan bertanggungjawab terhadap serangan ke atas akhbar satira Charlie Hebdo pada 2015 di Paris.
Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin memberi amaran tentang peningkatan ancaman serangan pengganas di negara itu, yang dirancang di luar negara.
Beliau berkata ia disebabkan kurang kehadiran tentera Perancis dan Amerika di Sahel, Levant dan Afghanistan dan serangan mungkin dilakukan sama seperti pada 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Qaeda
#Al-Quran
#akhbar satira
#AQAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan