Skip to main content

Teknologi

Anthropic perkenal Claude Duet, sertai perlumbaan ejen AI peribadi

Melalui ciri ejen proaktif itu, Claude Duet mampu menyediakan ringkasan harian mengenai tugasan yang memerlukan perhatian pengguna berdasarkan aplikasi yang disambungkan, sebelum melaksanakan tugasan berkenaan secara autonomi. -Foto Claude Duet
Melalui ciri ejen proaktif itu, Claude Duet mampu menyediakan ringkasan harian mengenai tugasan yang memerlukan perhatian pengguna berdasarkan aplikasi yang disambungkan, sebelum melaksanakan tugasan berkenaan secara autonomi. -Foto Claude Duet

Advertisement

Ringkasan AI

  • Anthropic telah melancarkan aplikasi ejen AI peribadi baharu, Claude Duet, yang kini ditawarkan secara terhad di Amerika Syarikat melalui fasa pratinjau penyelidikan.
  • Claude Duet mampu melaksanakan tugasan profesional seperti penjadualan mesyuarat, ramalan kewangan dan pembangunan aplikasi web secara autonomi menggunakan model Claude Opus 5.5.
  • Akses Claude Duet diberikan kepada pelanggan pelan Pro dan Max tanpa caj tambahan, namun tiada garis masa diumumkan untuk pelancaran di Malaysia.

FIRMA penyelidikan kecerdasan buatan (AI), Anthropic, secara rasmi menyertai persaingan dalam pasaran ejen AI peribadi menerusi pengenalan aplikasi baharu dikenali sebagai Claude Duet, lapor Amanz.

Langkah itu menyaksikan Anthropic memperkukuh kedudukannya dalam segmen berkenaan selepas Meta memperkenalkan Muse di Amerika Syarikat, manakala OpenAI melancarkan Dots baru-baru ini.

Buat masa ini, aplikasi Claude Duet hanya ditawarkan secara terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat menerusi fasa pratinjau penyelidikan (research preview) sebelum diperluaskan ke pasaran lain.

Melalui ciri ejen proaktif itu, Claude Duet mampu menyediakan ringkasan harian mengenai tugasan yang memerlukan perhatian pengguna berdasarkan aplikasi yang disambungkan, sebelum melaksanakan tugasan berkenaan secara autonomi.

Sistem itu akan mendapatkan pengesahan pengguna sekiranya memerlukan maklum balas, kelulusan atau kebenaran tambahan sebelum melaksanakan tindakan sensitif.

Claude Duet dilaporkan mampu mengendalikan pelbagai tugasan profesional termasuk menjadualkan mesyuarat, membina ramalan kewangan korporat serta membangunkan aplikasi web.

Ejen AI itu dikuasakan oleh model Claude Opus 5.5 dan beroperasi menerusi mesin maya (virtual machine) yang membolehkannya terus menjalankan tugasan tanpa memerlukan komputer atau telefon pintar pengguna sentiasa aktif.

Bagi fasa pratinjau penyelidikan ini, Anthropic menyertakan akses Claude Duet kepada pelanggan pelan Pro yang berharga AS$20 (kira-kira RM87) sebulan serta pelanggan pelan Max tanpa caj tambahan.

Anthropic turut menjelaskan bahawa aktiviti pemantauan dan tugasan yang dijalankan oleh Claude Duet akan dikira di bawah had penggunaan yang sama seperti akaun Claude pengguna.

Setakat ini, syarikat itu masih belum mengumumkan sebarang garis masa rasmi mengenai pelancaran Claude Duet untuk pengguna di Malaysia.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah itu Claude Duet yang diperkenalkan oleh Anthropic? 
    A: Claude Duet ialah aplikasi ejen AI peribadi baharu yang diperkenalkan oleh Anthropic untuk membantu pengguna melaksanakan tugasan secara autonomi.
  • Q: Di mana Claude Duet ditawarkan buat masa ini? 
    A: Claude Duet hanya ditawarkan secara terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat melalui fasa pratinjau penyelidikan.
  • Q: Apakah ciri utama yang ditawarkan oleh Claude Duet? 
    A: Claude Duet mampu menyediakan ringkasan harian tugasan, melaksanakan tugasan profesional seperti menjadualkan mesyuarat, membina ramalan kewangan korporat, dan membangunkan aplikasi web secara autonomi.
  • Q: Bagaimana Claude Duet beroperasi tanpa memerlukan peranti pengguna sentiasa aktif? 
    A: Claude Duet beroperasi menerusi mesin maya yang membolehkannya menjalankan tugasan tanpa memerlukan komputer atau telefon pintar pengguna sentiasa aktif.
  • Q: Berapakah harga langganan untuk mendapatkan akses Claude Duet semasa fasa pratinjau penyelidikan? 
    A: Akses Claude Duet disertakan kepada pelanggan pelan Pro berharga AS$20 (kira-kira RM87) sebulan dan pelanggan pelan Max tanpa caj tambahan.

Must Watch Video

Advertisement