Ringkasan AI
- Apple memperkenalkan lencana "Made for iPhone Duo" di App Store untuk memudahkan pengguna mengenal pasti aplikasi yang dioptimumkan untuk iPhone Duo.
- Lencana ini diperkenalkan sempena penyerahan rasmi iPhone Duo kepada pelanggan yang membuat pratempahan bermula Jumaat.
- Antara aplikasi yang menyokong iPhone Duo ialah Apple TV, Prime Video, Netflix, Instagram, Grab dan Zus Coffee.
APPLE secara rasmi mula memaparkan lencana khas "Made for iPhone Duo" pada halaman produk di App Store bagi membantu pengguna mengenal pasti aplikasi yang telah dioptimumkan untuk iPhone Duo, telefon boleh lipat pertama syarikat itu.
Lencana berkenaan diperkenalkan bersempena penyerahan rasmi iPhone Duo kepada pelanggan yang membuat pratempahan, yang bermula pada Jumaat, lapor Amanz.
Aplikasi yang menerima lencana itu telah dibangunkan atau dikemas kini bagi memanfaatkan sepenuhnya paparan boleh lipat peranti berkenaan.
Antara aplikasi yang telah diumumkan menyokong iPhone Duo ialah Apple TV, Prime Video, Netflix, Instagram, Edits dan Zoom, selain beberapa permainan video yang dioptimumkan untuk paparan dalaman peranti tersebut.
Beberapa aplikasi tempatan turut dikesan mula menawarkan sokongan bagi paparan iPhone Duo, termasuk Grab dan Zus Coffee.
Menurut Apple, aplikasi yang dioptimumkan untuk iPhone Duo dibangunkan menggunakan iOS 27.1 SDK dan mampu memanfaatkan kedua-dua paparan peranti itu dengan peralihan yang lancar antara skrin luar dan skrin dalaman.
Langkah memperkenalkan lencana khas itu membolehkan pengguna mengenal pasti dengan lebih mudah aplikasi yang direka khusus untuk format telefon boleh lipat, selain menggalakkan lebih banyak pembangun mengoptimumkan aplikasi mereka bagi platform baharu tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan lencana "Made for iPhone Duo" diperkenalkan di App Store?
A: Lencana "Made for iPhone Duo" diperkenalkan untuk membantu pengguna mengenal pasti aplikasi yang telah dioptimumkan untuk iPhone Duo, telefon boleh lipat pertama Apple. - Q: Bilakah penyerahan rasmi iPhone Duo kepada pelanggan bermula?
A: Penyerahan rasmi iPhone Duo kepada pelanggan yang membuat pratempahan bermula pada hari Jumaat. - Q: Aplikasi apa yang telah diumumkan menyokong iPhone Duo?
A: Antara aplikasi yang menyokong iPhone Duo ialah Apple TV, Prime Video, Netflix, Instagram, Edits, Zoom, serta beberapa permainan video, dan aplikasi tempatan seperti Grab dan Zus Coffee. - Q: Bagaimana aplikasi dioptimumkan untuk iPhone Duo dibangunkan?
A: Aplikasi dioptimumkan untuk iPhone Duo dibangunkan menggunakan iOS 27.1 SDK dan mampu memanfaatkan kedua-dua paparan peranti dengan peralihan lancar antara skrin luar dan dalaman. - Q: Apakah kesan pengenalan lencana khas ini kepada pembangun aplikasi?
A: Pengenalan lencana khas ini menggalakkan lebih banyak pembangun mengoptimumkan aplikasi mereka untuk platform iPhone Duo.