awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia

Bernama
Bernama
15/02/2025
22:45 MYT
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Keadaan banjir di sebatang jalan di Sydney, New South Wales, Australia, 10 Feb 2025. REUTERS
SYDNEY: Amaran banjir dikeluarkan di barat laut Australia selepas siklon tropika melanda pada Jumaat, membawa hujan lebat dan angin kencang, lapor Xinhua.
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat (WA) berhampiran pekan kecil De Grey di Wilayah Pilbara, barat laut negeri itu sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat, beberapa jam lebih awal daripada jangkaan.
Ia pada asalnya diramalkan melanda pantai pada waktu malam sebagai ribut kategori lima.
Kelajuan angin mencecah sehingga 220 kilometer sejam, manakala hujan melebihi 500 milimeter direkodkan di De Grey sebelum ribut itu melemah dengan cepat.
Pihak berkuasa pada pagi Sabtu menurunkan statusnya kepada bekas siklon tropika tetapi memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka berterusan dan boleh menyebabkan banjir kilat.
Angus Hines dari Biro Meteorologi (BoM) berkata, jumlah hujan yang memecah rekod telah dilaporkan di beberapa bahagian pantai Pilbara.
"Akan terdapat kesan banjir yang ketara untuk beberapa hari akan datang dan penutupan jalan secara meluas dijangka berterusan sementara kerja-kerja pembersihan dijalankan," katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia.
Angin kencang turut menumbangkan pokok di seluruh wilayah itu, namun sehingga pagi Sabtu, tiada laporan kerosakan besar atau kecederaan.
Beberapa pekan terputus hubungan selepas jalan ditenggelami air.
Hines berkata, penutupan jalan secara ketara dijangka berlaku apabila paras air meningkat.
Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan WA menggesa penduduk Pilbara supaya berhati-hati dengan bangunan yang rosak, air banjir serta tiang elektrik dan pokok yang tumbang.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#amaran banjir
#Siklon Tropika Zelia
#hujan lebat
#angin kencang
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan