awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran AS tidak jejaskan penganjuran Olimpik

Agensi
Agensi
25/05/2021
14:15 MYT
Amaran AS tidak jejaskan penganjuran Olimpik
Presiden Olimpik Tokyo 2020, Seiko Hashimoto bersama pihak jawatankuasa penganjur mengalu-alukan kedatangan atlet meskipun amaran berkenaan dikeluarkan. - Gambar/ AP
TOKYO: Amaran perjalanan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) buat rakyatnya ke Jepun tidak akan mempengaruhi penganjuran temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik.
Menurut Presiden Olimpik Tokyo 2020, Seiko Hashimoto, beliau bersama jawatankuasa penganjur mengalu-alukan kedatangan atlet meskipun amaran berkenaan dikeluarkan.
Memandangkan jumlah kes di Jepun kian melonjak ketika ini, Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan serta Jabatan Negara AS pada Isnin lalu memberi amaran kepada rakyatnya untuk tidak melakukan perjalanan ke Jepun.
Amaran berkenaan bagaimanapun tidak menyekat rakyat AS daripada berkunjung ke negara matahari terbit itu, akan tetapi secara tidak langsung boleh memberi impak kepada penglibatan atlet dan penonton yang ragu-ragu untuk berada di acara sukan terbesar itu.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadualkan bermula Julai depan.
Untuk rekod, Jepun mencatatkan pertambahan 2,743 kes dengan 86 kematian baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Topic Berkaitan
#Olimpik Tokyo
#peningkatan kes
#Jepun
#Tokyo
#Tokyo 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan