awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran tsunami Jepun diturunkan di beberapa kawasan, Hokkaido dan Tohoku masih berisiko

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2025
10:15 MYT
Amaran tsunami Jepun diturunkan di beberapa kawasan, Hokkaido dan Tohoku masih berisiko
Gambar menunjukkan suasana di pesisir pantai sebelum (atas) dan selepas susulan amaran tsunami di Shirahama, Jepun, 30 Julai 2025. -Gambar Reuters
TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun telah menurunkan status amaran tsunami kepada nasihat tsunami bagi beberapa kawasan di sepanjang pesisir Pasifik, namun amaran penuh masih berkuat kuasa di sebahagian wilayah Hokkaido dan rantau Tohoku.

Ringkasan AI
  • Agensi Meteorologi Jepun menurunkan status amaran tsunami kepada nasihat tsunami bagi beberapa kawasan, namun amaran penuh masih berkuat kuasa di Hokkaido dan Tohoku.
  • Gelombang tsunami yang direkodkan berada di bawah paras tiga meter, namun risiko arus kuat dan perubahan paras laut masih wujud.
  • Penduduk digesa kekal di kawasan tinggi dan berwaspada kerana gelombang susulan boleh berlaku berulang dalam tempoh 24 jam.

Menurut penyiar awam NHK, perubahan status ini dibuat selepas penilaian semula terhadap data gelombang susulan gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud yang melanda Semenanjung Kamchatka, Rusia awal pagi tadi.
Walaupun gelombang tsunami yang direkodkan setakat ini berada di bawah paras tiga meter yang dijangkakan, pihak berkuasa menegaskan bahawa risiko arus kuat dan perubahan paras laut masih wujud.
Penduduk di kawasan yang masih berada di bawah amaran penuh digesa agar terus berada di kawasan tinggi dan tidak kembali ke pesisir sehingga semua amaran ditarik balik.
Pihak berkuasa turut memberi amaran bahawa gelombang susulan boleh berlaku secara berulang dalam tempoh 24 jam.
Topic Berkaitan
#Agensi Meteorologi Jepun
#status amaran tsunami
#nasihat tsunami
#Hokkaido dan Tohoku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan