Jutaan penduduk Amerika Syarikat menjangkakan keadaan cuaca teruk berikutan ancaman badai artik yang dikatakan boleh menyebabkan kejatuhan suhu mendadak ke tahap paling sejuk sejak 20 tahun lalu.

Bahagian utara AS dan Kanada kini sedang berdepan dengan suhu di bawah paras beku serta salji yang tebal sejak mulanya tahun baru, di mana suhu tersebut telah pun menular ke kawasan tengah dan juga selatan.

Menurut peramal cuaca, angin yang dibawa oleh 'vorteks kutub' ini boleh jatuh sehingga -51 darjah Celsius.

Keadaan tersebut telah menyebabkan pihak berkuasa bandar mengeluarkan amaran supaya orang ramai tidak keluar dari rumah serta menyimpan bekalan makanan yang secukupnya.

Menurut pakar pula, jika seseorang didedahkan kepada cuaca sejuk sebegini, kulitnya akan mengalami radang beku dalam masa hanya lima minit.

"Suhu sejuk dalam hampir dua dekad akan merebak ke AS utara dan tengah hari ini di belakang kesejukan Artik itu.

"Digabungkan dengan angin ribut, suhu ini akan menghasilkan angin sejuk serendah 60 darjah selsius di bawah paras beku yang boleh mengancam nyawa. Salji tebal juga akan terbentuk dari Dataran timur ke Great Lakes hari ini, dengan ketebalan sehingga satu kaki," kata jurucakap.

Beberapa amaran cuaca telah dikeluarkan di lebih separuh daripada Amerika Syarikat, termasuk amaran untuk ribut salji, gales dan banjir.

The Weather Channel berkata negara itu perlu bersedia untuk 'letupan angin sejuk yang teruk' yang akan melanda beberapa negeri sehingga Selasa.

Antara kematian yang disebabkan oleh cuaca ekstrim ini termasuk seorang pekerja yang terbunuh pada hari Jumaat apabila dia ditimpa oleh timbunan garam setinggi 30 meter.

Menurut pihak berkuasa pula, seorang wanita berusia 71 tahun yang mengidap penyakit Alzheimer juga mati beku selepas berjalan keluar dan sesat di utara negeri New York.

Dalam satu lagi kejadian di Colorado, seorang individu mati apabila sebuah kapal terbang kecil yang dinaikinya telah meletup semasa hendak mendarat pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa Pitkin County, dua lagi individu pula mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut di lapangan terbang yang dipenuhi salji itu.