awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman gunung berapi Mayon, ribuan penduduk dipindah

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2023
00:30 MYT
Ancaman gunung berapi Mayon, ribuan penduduk dipindah
Gunung Mayon menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh. - Foto AP
MANILA: Pihak berkuasa Filipina mula memindahkan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Mayon, gunung berapi paling aktif di negara itu.
Arahan pindah itu menyusul ketika mana pihak berkuasa percaya ancaman letusan berupaya membahayakan nyawa penduduk.
Menurut Pejabat Penerangan Wilayah Albay, kira-kira 2,400 keluarga atau 10,000 penduduk perlu mengosongkan zon bahaya.
Gabenor Albay, Edcel Greco Lagman berkata, pihaknya mahu mengekalkan rekod sifar mangsa di wilayah itu dan berharap dapat memindahkan lebih ramai penduduk ke tempat lebih selamat.
Pihak berkuasa kini memantau rapi cahaya kawah cerah dan batuan pijar dari aliran lahar baharu di puncak gunung berapi Mayon.
Sejak Jumaat, Mayon, yang terletak di wilayah timur Albay dan terkenal dengan bentuk kon sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata, Mayon diletakkan pada tahap amaran ketiga tertinggi di mana letusan berbahaya mungkin berlaku dalam beberapa minggu atau hari.
Topic Berkaitan
#Gunung Mayon
#gunung berapi
#penduduk dipindahkan
#sifar mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan