awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman NATO didakwa meningkat, tentera Rusia tambah 20 unit baharu

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2021
00:22 MYT
Ancaman NATO didakwa meningkat, tentera Rusia tambah 20 unit baharu
Sergei Shoigu mendakwa, susulan tindakan NATO yang disifatkan ancaman atas sistem keselamatan antarabangsa, Rusia terpaksa mengambil tindakan susulan. - Gambar fail REUTERS
RUSIA mengumumkan tenteranya akan mewujudkan unit baharu di barat negara itu menjelang akhir tahun ini.
Langkah itu bagi menangani apa yang didakwa sebagai ancaman semakin meningkat daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Antaranya, menurut Menteri Pertahanan Sergei Shoigu, terdapat peningkatan jumlah penerbangan oleh pengebom strategik Amerika Syarikat (AS) berhampiran sempadan Rusia.
Pada masa sama, kapal perang NATO turut dipertingkatkan dan latihan juga semakin kerap dijalankan oleh tentera pakatan, katanya.
Shoigu mendakwa, tindakan tersebut merupakan ancaman ke atas sistem keselamatan antarabangsa, memaksa Rusia mengambil tindakan susulan.
Katanya, unit ketenteraaan di barat Rusia menambah sekitar 2,000 peralatan senjata tahun ini.
Bulan lalu, penambahan pasukan tentera di selatan dan barat Rusia berhampiran sempadan Ukraine menimbulkan kebimbangan negara itu.
Topic Berkaitan
#AS
#Ukraine
#Rusia
#Amerika Syarikat
#NATO
#tentera
#Sergei Shoigu
#ancaman
#penerbangan
#pengebom strategik
#sempadan
#kapal perang
#latihan ketenteraan
#senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan